Thursday, July 26, 2007

Tanggungjawab & Perbelanjaan

Harta adalah pemilikan. Justru itu, sesuatu yang dimiliki pasti ada pertanggungjawaban, tidak kira dari segi kaedah kita mengurus ataupun ke mana arahnya perbelanjaan harta tersebut. Bahkan, setiap insan yang hidup pasti akan di pertanyakan dengan empat soalan ketika menghadap Allah. Dua darinya berkait dengan masalah harta, bagaimana kita mendapat harta tersebut dan bagaimana harta tersebut dibelanjakan.

Adakah kita bergembira bila mendapat gaji ataupun risau? Allahlah yang terlebih tahu

Kaya atau miskin, kedua-duanya bertanggungjawab ke atas harta.

Kita mempunyai tanggungjawab di mana harta tersebut kita agihkan dan berbelanja juga menjadi satu masalah yang harus kita perhatikan. Berbelanja juga ada tanggunggjawabnya.

  • Tidak kira miskin atau kaya, Allah akan tetap bertanya ke mana harta tersebut dibelanjakan, adakah mengikut keperluan atau tidak
  • Sebelum membelanjakan wang, perhatikan sama ada itu keperluan ataupun tidak. Namun tak semestinya sesuatu barang yang murah itu pilihan yang betul, bahkan pemilikan barang yang berkualiti di utamakan bersusaian dengan keperluan
  • Elakkan pembaziran
  • Setiap orang memang suka mengumpul atau berkehendak memiliki sesuatu. Secara jelas, Islam tidak pernah menghalang. Tapi, biarlah berpada-pada. Contohnya; seseorang suka untuk mengumpul gadget elektronik seperti mp3 player, handphone dan sebagainya. Islam tak menghalang selagi ianya tak disalah guna dan lebih bagus lagi diguna-pakai untuk kepentingan Islam, tetapi, sekali lagi, berwaspada dan jangan berlebih-lebihan

"Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian." (QS 25:67)

Pengurusan harta memerlukan teknik yang betul.

Setiap kita mungkin mempunyai filosofi bagaimana kita menguruskan kewangan kita, tetapi yang lebih penting adalah teknik kita menguruskan kewangan tersebut. Teknik tersebut yang memastikan keberhasilan filosofi tadi. Teknik tersebut memerlukan pemerhatian dan “monitoring” system yang berkesan. Quran sendiri menyatakan kaedah bermu’amalat

  • Yang penting, kita perlu belajar bagaimana menguruskan wang
  • Contoh dalam quran (QS 2:282,QS 25:67)
  • Duit juga boleh digunakan sebagai sumber untuk duit yang lain. Mungkin ada antara kita yang melabur, jadi secara spesifik nya, pastikan ‘kebersihan’ pelaburan tersebut dan kaji lah dalam-dalam sebelum melabur. Antum boleh rujuk http://www.zaharuddin.net/ dan sebagainya

Memenuhi keperluan hidup sekarang dan masa hadapan.

Kita yakin bahawa rezeki memang datangnya dari Allah

"Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezeki Yang Mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kokoh." (QS 51:58).

Tapi, jumlahnya dan waktunya tidak dinyatakan. Namun adalah baik bagi kita untuk menyimpan sedikit untuk masa hadapan. Tentunya kita juga ada keperluan penting yang mesti ditunaikan, tapi berjimat cermat juga amat kritikal. Itu menunjukkan sejauh-mana persediaan kita. Orang yang beriman akan sentiasa memerhati dan membuat persediaan akan masa hadapan.

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (QS 59:18),

"Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. "(31:34)

Pemilikan peribadi dan tanggungjawab sosial.

Tentunya, sedeqah dan nafqah utk famili sendiri adalah yang lebih afdal (Hadith Sahih). Namun, wujudnya ketidak seimbangan dalam pembahagian harta mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Ketidak seimbangan dan jurang yang terlalu besar akan mengakibatkan wujudnya masyarakat yang tidak stabil. Jadi, adalah menjadi tanggungjawab kepada setiap muslim untuk “melabur” hartanya kepada orang lain.

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Ajarlah diri bersedeqah walaupun sedikit. InsyaAllah ia akan mengajar kita untuk memikirkan saudara dan umat yang lain. Ikhlaskanlah diri. Dan elakkanlah diri kita dari meminta-meminta. Sesungguhnya RasuluLlah tidak mengambil sedeqah dari orang lain.

Zakat adalah wajib dan mesti ditunaikan. Ini sudah termaktub. Namun infaq dan meminjamkan wang kepada yang memerlukan itu lebih mengajar kita tentang keikhlasan kerana jumlahnya tergantung pada keikhlasan kita. Tunaikanlah Zakat dan Infaq harta. Tidak memberi menjadikan kita ini sangat individualis (diri-ikan)

Infaq dan sedeqah bukan sahaja diwaktu senang, tetapi juga diwaktu kita susah.

"(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan." (QS 3:134)

Jadi kesimpulannya, harta adalah tanggungjawab dan juga fitnah. Pastikan bahawa kita berhati2 dalam urusan harta kerana ramai yang sudah berputus arang dan berpecah belah terkait dengan masalah harta. Yang meminjam adalah tanggungjawabnya untuk memulangkan. Tunaikanlah zakat. Berikanlah perhatian kepada umat Islam sekeliling kita. Carilah sumber yang halal dan bersih. Dan, rajin-rajinkanlah diri kita untuk berinfaq dan bersedeqah walaupun ianya sekeping roti.

Sumber & Rujukan:

1. Al Quran & Terjemahan; http://quran.al-islam.com

2. Tarbawi: Edisi 156 Th.8, 25 Mei 2007M, Jumadil Awwal 1428H: Jangan Jadi Orang Miskin Yang Doyan Belanja

No comments: