Bunyi ayam berkokok menandakan hari baru sudah datang, namun apakah tubuh badan bertulang empat kerat mampu menolak sekeping selimut seberat beberapa gram untuk bangun membasuh wajah dan anggota badan agar ikhlas digunakan untuk menangis di haribaan Allah. Bangkit untuk bersolat subuh dihadapan Allah.
“Demi fajar, dan malam yang sepuluh.” (QS. 89:1-2)
RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (HR Muslim)
Begitu besar jaminan Allah akan solat subuh kepada kita, tetap kita yang dinamakan manusia cukup sukar untuk bangun solat subuh, apatah lagi untuk bangun bertempur dengan kesejukan dan kedinginan ke Masjid dan surau berjema’ah bersama-sama. Belum lagi kita bercerita tentang beristiqamah, kerana itu satu tahapan yang lebih jauh lagi.
Namun ianya tidak mustahil!!
Keutamaan Solat Subuh
1. Sebagai Sebab Masuk Syurga dan Selamat dari Neraka
"Barang siapa yang shalat di dua waktu yang sejuk maka dia akan masuk surga." (HR Bukhari & Muslim)
2. Disaksikan malaikat
“Dirikanlah shalat dari sesudah Matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula shalat) Subuh. Sesungguhnya shalat Subuh itu disaksikan (oleh malaikat).” (QS. 17:78)
3. Allah bersumpah dengan waktu fajar
“Demi fajar, dan malam yang sepuluh.” (QS. 89:1-2)
Persisapan Minda (mindset)
Pertama-tama sekali, tentunya persediaan minda dan mindset. Minda dan mindset ini pula banyak tergantung kepada masalah keimanan kita kepada Allah. Betapa jauh dan dekatnya kita dengan Allah banyak menentukan betapa hadirnya Allah dalam setiap perbuatan kita sehari-hari.Justeru itu, kita harus terapkan sedalam-dalamnya bahawa kita bangun solat subuh untuk mendapat keredhaan Allah. Ketika itu, InsyaAllah segala rintangan-rintangan kecil akan mudah kita harungi. Seseorang yang bersedia dari segi mentalnya untuk bangun subuh akan mempersiapkan dirinya untuk bangun subuh, begitukan?
Dan mencapai status keikhlasan sebegini sememangnya diakui susah, namun Imam Al-Ghazali menambah dalam ‘Ihya Ulumuddin, bahawa paksaan atau ‘force’ pada awal sesuatu amalan akan menghadirkan keikhlasan sesudah amalan itu menjadi kebiasaan.
Persiapan Amalan
Ana juga yakin bahawa orang yang bangun untuk subuh berjema’ah adalah pilihan Allah dan pilihan Allah itu sangat dan tersangatlah istimewa. Jadi, apa yang boleh kita buat adalah memastikan diri kita ini di dalam lingkungan pilihan Allah, iaitu orang-orang yang dekat denganNya. Cara termudah untuk mungkin kita mendekatkan diri dengan Allah adalah dengan menjauhi larangan-larangan Allah dan perkara-perkara lagha. Maksiat yang kita lakukan akan menghitamkan hati, seterusnya menghalang cahaya dan hikmahNya untuk sampai kepada hati kita
“Sebenarnya! (ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), Dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) Yang mereka kerjakan.”(QS 83:14)
Kemudian, perbanyakkanlah mengingati Allah dan perbanyakkanlah amal-amal yang mudah seperti membaca Al-quran, berzikir dan sebagainya.
Persiapan Diri
Dan yang terakhir, persiapan diri kita sendiri dari segi fizikal, bagaimana kita bersiap sedia untuk bangun solat subuh. Secara logiknya, orang yang cukup tidurnya akan mudah bangun daripada orang yang kurang. Orang yang cukup rehatnya, lebih mudah untuk bangkit dari tidur daripada orang yang penat. Pastikanlah bahawa secara fizikal kita ini tidak terlalu penat.
1. Kuncikan jam dan sebagainya agar kita mudah bangun. Janganlah bangun untuk mematikannya sahaja, tapi bangunlah untuk solat
2. Kalau boleh, amalkan tidur diawal waktu. Jangan melewat2kan tidur dengan televisyen dan benda2 yang kurang bermanfaat
3. Bersihkan diri dan ambil wudhu sebelum tidur. InsyaAllah ia akan memudahkan kita tidur. Kalau boleh solat dua raka’at sebelum tidur dan bacalah doa dan ayat2 ini (QS 18:101-110)
4. Kurangkan makan lewat dan sebelum tidur. Ia akan banyak mengganggu proses tidur kita
5. Bersukan akan memudahkan kita untuk tidur dan mendapatkan tidur yang berkualiti
6. Baca do’a selepas bangun dan terus ambil wudhu. Jangan berlengah-lengah!
7. jangan tergesa2 mengejar imam di masjid. Tergesa2 itu sifat syaitan
Kesimpulannya, hikmah penerapan solat subuh bukan hanya sekadar kita bertaqarrub kepada Allah, namun sejauh mana kita bermujahadah dan bersungguh-sungguh untuk memastikan kita boleh bangkit mendirikan solat tersebut. Kalau kita lihat RasuluLlah membina generasi yang agung dengan menitik beratkan subuh berjema’ah dan bertahajjud, kita juga harus mengambil berat tentang masalah mendirikan solat subuh berjema’ah ini. Yuk! Kita GEGARKAN umat ini dengan kualiti solat subuh kita!!
Allahu a’lam.
Powered by Qumana
No comments:
Post a Comment