Monday, September 10, 2007

Welcome Ramadhan!! We miss you...


Abdullah ibnu Mas'ud pernah mengatakan, apabila sesuatu ayat bermula dengan seruan kepada orang yang beriman, sebelum hujung ayat lagi kita sudah sedar dan tahu yang ayat itu pasti mengandungi satu arahan dan larangan yang berat.




"Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa" (QS 3:183)




Ternyata arahan dan perintah cukup berat.




Melihat situasi hari ini, ramai dikalangan umat Islam "tersungkur" gagal untuk berpuasa. Tidak kira statusnya mahupun taraf pendidikannya. Tidak kira apa profesionnya, di ofis yang berhawa dingin, di tapak pembinaan yang panas terik mahupun di sekolah-sekolah dan universiti. Lebih malang lagi, "berbondong-bondong" orang yang ke kedai makan tanpa rasa segan dan malu.




Yang berpuasa, lain pula ceritanya. Berapa ramai yang berpuasa tetapi hanya lapar dan dahaga habuannya. Manakan tidak, time berbuka sahaja, mulalah berpusu-pusu pasangan-pasangan kekasih tanpa ikatan ini bersantai di kedai makan untuk berbuka puasa. Apakah ada keberkatan Allah ketika kita mencampuri ibadah yang baik ini dengan maksiat kepadanya? Bertudung labuh atau tidak, berkupiah ataupun bertopi!




Ibadah puasa melatih kita untuk mengubah dan mengatur semula jadual dan pemakanan kita sehari-hari. Manakan tidak, waktu makan dan minum diakhiri seawal jam 5.00 pagi. Bukankah ini menuntut perubahan? Jadi, sempena ramadhan ini, disamping merubah pola pemakanan kita, marilah kita ubah pola pemikiran kita dan sikap kita di dalam melaksanakan keta'atan kepada Allah. Kerana dengan berpuasa, Islam menuntut kita untuk berubah menjadi orang yang bertaqwa.




"Seluruh amal ibadah anak adam adalah untuknya, kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untuk Ku dan Aku yang akan memberikan balasannya" (Hadith)



Secara psikologinya, kita mempunyai kecenderungan untuk mengabaikan perintah Allah jika perintah itu dianggap tidak mempunyai manfaat dari pandangan mata kasar seperti puasa. Berlainan dengan perintah untuk Solat Fardhu, kerana solat jelas dan dilihat oleh orang lain, bakal mertua, kekasih dan lain-lain lagi, sehingga kita boleh membina ceritera "ketaqwaan" kita kepada mereka. Sedangkan berpuasa, hanya kita dan Alah yang tahu nilai puasa kita, dan siapa yang boleh menjamin untuk kita untuk tidak curi makan di siang hari?

Dan sebegitu jaminan Allah terhadap puasa, mengapa kita tidak berpuasa?



  • Sakit, uzur dan bermusafir. Allah telah memberi kelonggaran untuk mereka tidak berpuasa pada hari-hari di dalam bulan Ramadhan.



"(Puasa Yang Diwajibkan itu ialah beberapa hari Yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu Yang sakit, atau Dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari Yang dibuka) itu pada hari-hari Yang lain; dan wajib atas orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah Iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa Yang Dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari Yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. “ (QS 2:184)




  • Kerja yang terlalu memenatkan. Memang ramai orang yang bekerja berat amat mudah untuk tidak berpuasa, beralasan dengan terlalu penat. Tetapi Allah tidak akan memberati mereka dengan sesuatu yang mereka tidak mampu. Jadi, kita cuba perbaiki fizikal kita dan kemampuan kita di bulan Ramadhan ini. Pastikan kita tidur secukupnya dan wajibkan diri untuk bangun sahur di lewat waktu. Sesungguhnya ada keberkatan di sebalik bersahur.



Dari Anas R.A. berkata, RasulluLlah bersabda "Makan sahurlah kamu, kerana makan sahur itu mengandungi berkat" (HR Muslim)




  • Malas. Mengingati mati adalah motivasi terbaik untuk mengatasi rasa malas. Ingatkan janji Allah bahawa dosa kita akan diampuni jika kita berpuasa keranaNya.



  • Rakan taulan tidak berpuasa. Jauhkan diri dan carilah kawan yang berguna dan dampingilah orang-orang yang soleh. Buangkan rasa segan untuk mendekati mereka. Sesungguhnya kawan yang beriman adalah teman rapat kita di akhirat.



Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya Yang lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa” (QS 43:37)




  • Kita benci berpuasa. Hayatilah kebesaran Allah. Mulakan dengan memerhatikan penciptaan alam. Kita bina keyakinan bahawa Allah itu Esa dan Maha Berkuasa. Dari situ, kita cuba yakini setiap arahan Allah pasti ada kebaikan di dunia dan akhirat. Barulah kita niatkan bahawa kita berpuasa kerana kita yakin akan keberadaanNya dan redhaNyalah yang kita cari.



Apa yang harus kita buat di bulan Ramadhan kali ini?




  • Niat. Perbetulkan niat dan ikhlaskan diri ketika berpuasa. Pastikan hanya redhaNya yang kita cari. Sentiasa evaluate dan muhasabah nilai dan niat puasa kita agar keikhlasan tetap terjaga.



RasulluLlah bersabda "Barang siapa berpuasa di bulan Ramadhan dengan keimanan dan pengharapan, maka dia diampuni dari dosa-dosa masa lalunya"




  • Al-Quran. Pelajari dan banyakkan membaca al-quran. Aturkanlah objektif dan target untuk Ramadhan kali ini. Disiplinkan diri untuk mencapai objektif tersebut. Contohnya, setiap hari aku harus sekurang-kurangnya membaca satu juz. Rajinkan diri untuk membuka terjemahan dan menganalisa isi kandungan Al-Quran.



"Apakah kita tidak berusaha untuk menganalisa Al-Quran, atau pintu-pintu hati mereka yang tertutup?" (QS 47:24)




  • Televisyen dan hiburan. Kurangkan membaca dan menonton hiburan. Gantikan malam dengan ibadah dan rehat.



  • Solat malam. Banyakkanlah bangun untuk solat di waktu malam. Rendahkanlah ego dan kesombongan kita di hadapan dan haribaan Allah, agar Allah ampuni diri kita dan Allah hadirkan hidayahNya kepada kita.



"Wahai orang yang berselimut! Dirikanlah solat tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat). Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu. Atau lebihkan sedikit daripadanya, dan bacalah Quran dengan tartil" (QS 73: 1-4)




  • Sahur. Wajibkan diri untuk bersahur.



  • Solat berjema'ah. Rajinkanlah diri untuk berjema'ah di surau, bukan terawihnya sahaja, tetapi solat fardhu yang lain. Itu yang lebih utama.



  • I'tikaf. Luangkan masa untuk beri'tikaf di masjid pada 10 hari terakhir di bulan Ramadhan. Carilah pada-pada malam ini malam yang lebih baik dari seribu bulan, iaitu malam al-qadr.



"Malam al-qadr yang lebih baik dari seribu bulan" (QS 97: 3)


Kita ubah dan perbaiki diri kita pada bulan Ramadhan ini. Kita gunakanlah peluang di dalam bulan Ramadhan ini untuk kita 100% meng-rejuvenate dan meng-revamp keimanan kita kepada Allah. Dan harapan kita, aku bukan berubah hanya di bulan Ramadhan, aku berubah untuk mendekatiNya selama-lamanya! We can do it!


Sumber & Rujukan:



  1. Pustaka Panjimas; Prof. Dr. Hj. Abdul Malik Abdul Karim AmruLlah (HAMKA); Tafsir Al-Azhar; Jilid 1 Juz’ 1-3

  2. Klang Book Centre; Al Imam Muslim, Terjemahan Hadith “Sahih Muslim”; Jilid 2

  3. Eramuslim; Djoen; Oese Iman; Catatan Kecil Menjelang Ramadhan 1428; http://www.eramuslim.com/


Agar Kau ampuni dosa-dosaku.


Thursday, July 26, 2007

Tanggungjawab & Perbelanjaan

Harta adalah pemilikan. Justru itu, sesuatu yang dimiliki pasti ada pertanggungjawaban, tidak kira dari segi kaedah kita mengurus ataupun ke mana arahnya perbelanjaan harta tersebut. Bahkan, setiap insan yang hidup pasti akan di pertanyakan dengan empat soalan ketika menghadap Allah. Dua darinya berkait dengan masalah harta, bagaimana kita mendapat harta tersebut dan bagaimana harta tersebut dibelanjakan.

Adakah kita bergembira bila mendapat gaji ataupun risau? Allahlah yang terlebih tahu

Kaya atau miskin, kedua-duanya bertanggungjawab ke atas harta.

Kita mempunyai tanggungjawab di mana harta tersebut kita agihkan dan berbelanja juga menjadi satu masalah yang harus kita perhatikan. Berbelanja juga ada tanggunggjawabnya.

  • Tidak kira miskin atau kaya, Allah akan tetap bertanya ke mana harta tersebut dibelanjakan, adakah mengikut keperluan atau tidak
  • Sebelum membelanjakan wang, perhatikan sama ada itu keperluan ataupun tidak. Namun tak semestinya sesuatu barang yang murah itu pilihan yang betul, bahkan pemilikan barang yang berkualiti di utamakan bersusaian dengan keperluan
  • Elakkan pembaziran
  • Setiap orang memang suka mengumpul atau berkehendak memiliki sesuatu. Secara jelas, Islam tidak pernah menghalang. Tapi, biarlah berpada-pada. Contohnya; seseorang suka untuk mengumpul gadget elektronik seperti mp3 player, handphone dan sebagainya. Islam tak menghalang selagi ianya tak disalah guna dan lebih bagus lagi diguna-pakai untuk kepentingan Islam, tetapi, sekali lagi, berwaspada dan jangan berlebih-lebihan

"Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian." (QS 25:67)

Pengurusan harta memerlukan teknik yang betul.

Setiap kita mungkin mempunyai filosofi bagaimana kita menguruskan kewangan kita, tetapi yang lebih penting adalah teknik kita menguruskan kewangan tersebut. Teknik tersebut yang memastikan keberhasilan filosofi tadi. Teknik tersebut memerlukan pemerhatian dan “monitoring” system yang berkesan. Quran sendiri menyatakan kaedah bermu’amalat

  • Yang penting, kita perlu belajar bagaimana menguruskan wang
  • Contoh dalam quran (QS 2:282,QS 25:67)
  • Duit juga boleh digunakan sebagai sumber untuk duit yang lain. Mungkin ada antara kita yang melabur, jadi secara spesifik nya, pastikan ‘kebersihan’ pelaburan tersebut dan kaji lah dalam-dalam sebelum melabur. Antum boleh rujuk http://www.zaharuddin.net/ dan sebagainya

Memenuhi keperluan hidup sekarang dan masa hadapan.

Kita yakin bahawa rezeki memang datangnya dari Allah

"Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezeki Yang Mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kokoh." (QS 51:58).

Tapi, jumlahnya dan waktunya tidak dinyatakan. Namun adalah baik bagi kita untuk menyimpan sedikit untuk masa hadapan. Tentunya kita juga ada keperluan penting yang mesti ditunaikan, tapi berjimat cermat juga amat kritikal. Itu menunjukkan sejauh-mana persediaan kita. Orang yang beriman akan sentiasa memerhati dan membuat persediaan akan masa hadapan.

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (QS 59:18),

"Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. "(31:34)

Pemilikan peribadi dan tanggungjawab sosial.

Tentunya, sedeqah dan nafqah utk famili sendiri adalah yang lebih afdal (Hadith Sahih). Namun, wujudnya ketidak seimbangan dalam pembahagian harta mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Ketidak seimbangan dan jurang yang terlalu besar akan mengakibatkan wujudnya masyarakat yang tidak stabil. Jadi, adalah menjadi tanggungjawab kepada setiap muslim untuk “melabur” hartanya kepada orang lain.

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Ajarlah diri bersedeqah walaupun sedikit. InsyaAllah ia akan mengajar kita untuk memikirkan saudara dan umat yang lain. Ikhlaskanlah diri. Dan elakkanlah diri kita dari meminta-meminta. Sesungguhnya RasuluLlah tidak mengambil sedeqah dari orang lain.

Zakat adalah wajib dan mesti ditunaikan. Ini sudah termaktub. Namun infaq dan meminjamkan wang kepada yang memerlukan itu lebih mengajar kita tentang keikhlasan kerana jumlahnya tergantung pada keikhlasan kita. Tunaikanlah Zakat dan Infaq harta. Tidak memberi menjadikan kita ini sangat individualis (diri-ikan)

Infaq dan sedeqah bukan sahaja diwaktu senang, tetapi juga diwaktu kita susah.

"(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan." (QS 3:134)

Jadi kesimpulannya, harta adalah tanggungjawab dan juga fitnah. Pastikan bahawa kita berhati2 dalam urusan harta kerana ramai yang sudah berputus arang dan berpecah belah terkait dengan masalah harta. Yang meminjam adalah tanggungjawabnya untuk memulangkan. Tunaikanlah zakat. Berikanlah perhatian kepada umat Islam sekeliling kita. Carilah sumber yang halal dan bersih. Dan, rajin-rajinkanlah diri kita untuk berinfaq dan bersedeqah walaupun ianya sekeping roti.

Sumber & Rujukan:

1. Al Quran & Terjemahan; http://quran.al-islam.com

2. Tarbawi: Edisi 156 Th.8, 25 Mei 2007M, Jumadil Awwal 1428H: Jangan Jadi Orang Miskin Yang Doyan Belanja

Show Me The Right Path

Why are we here?
Where we come from?
Where's our future leading us?
Where's our life, taking us?

"Thee do we worship, Thine aid we seek. Show us the straight way" (QS 1:5-6)

Show us the path, dear Allah

What are we, to do here?
There must be a reason to be here

Ya Allah the greatest
Nor of these you create for waste

Show me the right path
The path of the favoured one with your grace
Show me the right path
The path of Rasulullah and his companions

Don't leave me please your guidance I need
Show me the way, light up my life
Don't leave me please your guidance I need
Show me the way, to gain your love

God, please help me....



Reference:

1. The Right Path; Gema Alam; A song by Raihan
2. The Holy Quran; Yusuf Ali

Sunday, July 22, 2007

Solat Subuh, Bangkitlah!!

Bunyi ayam berkokok menandakan hari baru sudah datang, namun apakah tubuh badan bertulang empat kerat mampu menolak sekeping selimut seberat beberapa gram untuk bangun membasuh wajah dan anggota badan agar ikhlas digunakan untuk menangis di haribaan Allah. Bangkit untuk bersolat subuh dihadapan Allah.


“Demi fajar, dan malam yang sepuluh.” (QS. 89:1-2)


RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (HR Muslim)


Begitu besar jaminan Allah akan solat subuh kepada kita, tetap kita yang dinamakan manusia cukup sukar untuk bangun solat subuh, apatah lagi untuk bangun bertempur dengan kesejukan dan kedinginan ke Masjid dan surau berjema’ah bersama-sama. Belum lagi kita bercerita tentang beristiqamah, kerana itu satu tahapan yang lebih jauh lagi.


Namun ianya tidak mustahil!!


Keutamaan Solat Subuh


1.                    Sebagai Sebab Masuk Syurga dan Selamat dari Neraka


"Barang siapa yang shalat di dua waktu yang sejuk maka dia akan masuk surga." (HR Bukhari & Muslim)


2.                    Disaksikan malaikat


“Dirikanlah shalat dari sesudah Matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula shalat) Subuh. Sesungguhnya shalat Subuh itu disaksikan (oleh malaikat).” (QS. 17:78)


3.                    Allah bersumpah dengan waktu fajar


“Demi fajar, dan malam yang sepuluh.” (QS. 89:1-2)


Persisapan Minda (mindset)


Pertama-tama sekali, tentunya persediaan minda dan mindset.  Minda dan mindset ini pula banyak tergantung kepada masalah keimanan kita kepada Allah. Betapa jauh dan dekatnya kita dengan Allah banyak menentukan betapa hadirnya Allah dalam setiap perbuatan kita sehari-hari.Justeru itu, kita harus terapkan sedalam-dalamnya bahawa kita bangun solat subuh untuk mendapat keredhaan Allah. Ketika itu, InsyaAllah segala rintangan-rintangan kecil akan mudah kita harungi. Seseorang yang bersedia dari segi mentalnya untuk bangun subuh akan mempersiapkan dirinya untuk bangun subuh, begitukan?


Dan mencapai status keikhlasan sebegini sememangnya diakui susah, namun Imam Al-Ghazali menambah dalam ‘Ihya Ulumuddin, bahawa paksaan atau ‘force’ pada awal sesuatu amalan akan menghadirkan keikhlasan sesudah amalan itu menjadi kebiasaan.


Persiapan Amalan


Ana juga yakin bahawa orang yang bangun untuk subuh berjema’ah adalah pilihan Allah dan pilihan Allah itu sangat dan tersangatlah istimewa. Jadi, apa yang boleh kita buat adalah memastikan diri kita ini di dalam lingkungan pilihan Allah, iaitu orang-orang yang dekat denganNya. Cara termudah untuk mungkin kita mendekatkan diri dengan Allah adalah dengan menjauhi larangan-larangan Allah dan perkara-perkara lagha. Maksiat yang kita lakukan akan menghitamkan hati, seterusnya menghalang cahaya dan hikmahNya untuk sampai kepada hati kita


“Sebenarnya! (ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), Dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) Yang mereka kerjakan.”(QS 83:14)


Kemudian, perbanyakkanlah mengingati Allah dan perbanyakkanlah amal-amal yang mudah seperti membaca Al-quran, berzikir dan sebagainya.


Persiapan Diri


Dan yang terakhir, persiapan diri kita sendiri dari segi fizikal, bagaimana kita bersiap sedia untuk bangun solat subuh. Secara logiknya, orang yang cukup tidurnya akan mudah bangun daripada orang yang kurang. Orang yang cukup rehatnya, lebih mudah untuk bangkit dari tidur daripada orang yang penat. Pastikanlah bahawa secara fizikal kita ini tidak terlalu penat.


1.                    Kuncikan jam dan sebagainya agar kita mudah bangun.         Janganlah bangun untuk mematikannya sahaja, tapi bangunlah untuk solat


2.                    Kalau boleh, amalkan tidur diawal waktu. Jangan melewat2kan tidur dengan televisyen dan benda2 yang kurang bermanfaat


3.                    Bersihkan diri dan ambil wudhu sebelum tidur. InsyaAllah ia akan memudahkan kita tidur. Kalau boleh solat dua raka’at sebelum tidur dan bacalah doa dan ayat2 ini (QS 18:101-110)


4.                    Kurangkan makan lewat dan sebelum tidur. Ia akan banyak mengganggu proses tidur kita


5.                    Bersukan akan memudahkan kita untuk tidur dan mendapatkan tidur yang berkualiti


6.                    Baca do’a selepas bangun dan terus ambil wudhu. Jangan berlengah-lengah!


7.                    jangan tergesa2 mengejar imam di masjid. Tergesa2 itu sifat syaitan


Kesimpulannya, hikmah penerapan solat subuh bukan hanya sekadar kita bertaqarrub kepada Allah, namun sejauh mana kita bermujahadah dan bersungguh-sungguh untuk memastikan kita boleh bangkit mendirikan solat tersebut. Kalau kita lihat RasuluLlah membina generasi yang agung dengan menitik beratkan subuh berjema’ah dan bertahajjud, kita juga harus mengambil berat tentang masalah mendirikan solat subuh berjema’ah ini. Yuk! Kita GEGARKAN umat ini dengan kualiti solat subuh kita!!


Allahu a’lam.



Powered by Qumana


Wednesday, January 17, 2007

Let me Start




As a start, let me quote something

"If we do discover a complete theory, it should in time be understandable in broad principle by everyone, not just a few scientists. Then we shall all, philosophers, scientists and just ordinary people, be able to take part in the discussion of why it is that we and the universe exist. If we find the answer to that, it would be the ultimate triumph of human reason- for then we would truly know the mind of God."

(Stephen W. Hawking, A Brief History of Time, 1988)